Friday, 17 January 2014

Ilmu

Gunakankanlah ilmu yang kita tuntut sekarang sebagai wasilah mendekatkan diri kepada Allah, wasilah kepada bertambahnya ketakutan kepada Allah, wasilah untuk mengetahui tentang keburukan dan aib sendiri serta memperbaikinya bukan mencari-cari keaiban orang lain.

Wasilah untuk mengetahui cara beribadat yang sempurna kepada Robbuna dari sudut zohir dan batin, wasilah untuk mengurangkan mengejar keduniaan, serta menambahkan kecintaan kepada hari ESOK(akhirat), wasilah  kepada terbukanya pintu hati untuk merasakan kemanisan dalam melakukan amalan kebaikan, wasilah untuk menjadi benteng kepada hasutan dan tipu daya syaitan.

Janganlah jadikan ilmu yang kita pelajari sebagai wasilah untuk merasa hebat di hdpn org, “siapa yang berkata(merasakan) aku adalah alim maka sesungguhnya dia adalah jahil”, bukan wasilah untuk mengejar harta,pangkat dan darjat, bukan wasilah untuk bermegah-megah dengan nya. Kerana sifat ilmu itu mulia dan tinggi,hanya orang yang merendahkan diri sahaja dapat memilikinya dan beramal dengannya.

Ilmu dan kefahaman agama sangat mulia, hanya diberikan kepada insan pilihan Allah sahaja, “siapa yang dikehendaki Allah untuk mejadi baik maka diberi kefahaman agama kepadanya”-al-Hadith-. Akhlak dan ilmu tak boleh dipisahkan, ibarat laut dan pantai, ibarat irama dan lagu. Jika dipisahkan antara duanya maka cacatlah jadinya, seperti burung yang patah sebelah sayapnya tidak dapat untuk terbang tinggi, bahkan untuk terbang rendah pun mustahil baginya. “sesungguhnya aku(Rasulullah) diutuskan untuk menyempurnakan keluhuran budi pekerti(akhlak)”-al-Hadith-.


 “wahai orang2 yang beriman kenapa kamu tidak melakukan apa yang kamu katakan”-Surah Soff-. Kurang berkata-kata dan banyakkan membaca, mengkaji, menulis dan belajar adalah lebih baik daripada banyak berkata-kata tetapi sikit membaca, mengkaji dan belajar. Setiap perkataan yang diucapkan akan dipersoalkan di Akhirat kelak, sama ada ianya menjadi hujjah atau musibah kepada kita.

3jenis kepandaian

Dalam hidup ini, ada 3jenis kepandaian atau kebijaksanaan yang Allah beri kepada kita,iaitu ذكاء الذهن [intelektual], ذكاء الروحى [spritual] dan ذكاء العاطفى [emosional]. Serta ada 2macam imtihan pada hidup manusia iaitu امتحان صحف الورقات [ujian lembaran kertas] dan امتحان صحف الحياة [ujian lembaran kehidupan].

Ada pun صحف الورقات [imtihan lembaran kertas] byk mgnakan ذكاء الذهن iaitu kecerdasan otak kita. kita menghafal,kita menjawab, kita menggoreng jawapan sehingga hangit dan sewaktu dengannya. Dengan itu, kluar lah natijah kita dgn kptusan yg mumtaz atau najah, maka dapatlah kita segulung diploma, degree dan sewaktu dgn nya.

ذكاء الروحى dan ذكاء العاطفى lebih digunakan pada امتحان صحف الحياة ini kerana dalam ujian lembaran kehidupan lebih kepada bermain dengan semangat dan kekuatan hati iaitu kesabaran dan redha dengan ketentuan Nya. dua jenis kpndaian ini ltknya pda hati dan semangat kita. ujian dlm kehidupan kita adalah suatu yg xdi sgka2, ianya dtg scra tiba2, dtg dari plbgai sudut atas, bwh, tepi, belakang depan,serong. menguji kesabaran kita, keyakinan kita, keimanan kita dan sebagainya. sekiranya kita tidak mengasah 2jenis kpndaian ini, bagaimana mungkin kita nak alami imtihan ini? bgaimana pula natijahnya?

Para masyaikh kita sllu bpesan, sekiranya hilang kebijaksanaan dari segi emosional dan spritual ni, maka kita tidak akan dpt menempuhi atau melalui ujian kehidupan kita ini. kerana musibah yg dtg pd khidupan kita ini memerlukan kekuatan emosional dan spritual utk menanganinya baru akan terbitnya kesabaran dan ketabahan menempuh ujian kehidupan. apabila kita ditimpa musibah maka 2jenis kebijaksanaan ini lah yg akan menyelesaikannya.

Di samping kita mengasah otak kita agar menjadi lebih tajam, maka janganlah kita lupa utk mengasah hati kita utk mnempuhi ujian sebenar-benar ujian daripada ROBBUNA agar kita mengecapi natijah MUMTAZ  di AKHIRAT nanti.


MUQADDIMAH


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العلمين. والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

SETIAP AMAL ADALAH DENGAN NIAT

“Dari Amir al-Mu’minin Abi Hafs ‘Umar ibn al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, daku mendengar Rasulullah Shallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : sesungguhnya setiap amal sesuatu adalah dengan niat, dan hanya setiap seseorang ganjaran dengan apa yang diniatkan, sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasul-Nya, sesiapa yang berhijrah untuk keduniaan maka ia akan memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.”

Hadith yang diriwayat oleh dua Imam Hadith di dalam Kitab mereka yang amat Shahih penulisan kitabnya iaitu Imam Abu Abdillah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-Bukhari dan Imam Abu Husain Muslim ibn Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi.

Hadith ini mempunyai martabat dan nilai yang tinggi di dalam hukum-hakam Islam kerana banyak hukum yang didasarkan kepadanya, Ulamak Hadith sepakat tentang keshahihan Hadith ini dan nilainya. Imam Abu Daud mengatakan hadith ini adalah separuh daripada Islam, kerana agama itu zhahirnya adalah perbuatan dan Batinnya adalah niat. Imam Syafie dan Imam Ahmad berkata masuk ke dalam hadith ini sepertiga ilmu, kerana amalan seseorang hamba itu adalah dengan hatinya, lisannya dan anggotanya, niat dengan hati termasuk daripada pecahan yang tiga tersebut.

Oleh sebab itu, ramai di kalangan ulamak memulakan kitab mereka atau penulisan mereka dengan hadith ini, bahkan ada yang memulakan dengan hadith ini dalam setiap bab di dalam kitab mereka. Imam Bukhari meletakkan hadith ini yang pertama di dalam shahihnya, Imam Nawawi meletakkan hadith ini pada permulaan bagi tiga kitabnya iaitu “al-Azkar”, “Riyadhus Sholihin” dan “Arba’in Hadith an-Nawawiyyah”. Faedah daripada hadith ini menunjukkan bahawa wajib bagi kita sebagai penuntut ilmu untuk membetulkan niat kerana Allah dalam menuntut ilmu atau beramal. Serta sentiasa men’tajdid’ (memperbaharui) niat kita agar ianya sentiasa pada hal yang betul serta ikhlas kerana-Nya. Maka ingin mengikuti sunnah ulamak memulakan blog yang tak seberapa ini dengan hadith tersebut. 

Semoga Allah memasukkan kita dalam golongan orang-orang yang ikhlas, Allahumma Amiinn. Moga -moga blog ini sedikit sebanyak memberi manfaat pada kita bersama.